Monday, December 22, 2014

Ain Sara Al Karak Jordan

Bismillah..

Kebetulan online pakai laptop, so saja update blog. Lama dah tak tengok dia. Sedangkan sebelum ni macam-macam perkara nak cerita..hew hew hew..

Musim panas yang lalu, aku dan 3 orang lagi kawan ke Ain Sara. Dekat je dengan Mu'tah ni. Pelan yang spontan.. hehehe.. Ain Sara merupakan tempat rekreasi di tepi sungai dan merupakan salah satu tempat perkelahan bagi penduduk sekitar sini.

Sebelum kami datang ke Ain Sara, kawan aku, dah survey kawan-kawan lain yang pernah pergi ke sini. Ada yang beri gambar tempat mereka mandi. Dalam kepala waktu tu membayangkan air sungainya mempunyai kawasan yang dalam. Boleh la nak bermandi manda. Pelan nak berkelah bagai.

[ Ain Sara ]
Kami bertolak pada jam 9.00 pagi, kerana kami dikhabarkan petang ramai orang arab akan bertandang ke sana. Ok, Kami set gerak pagi lagipun keadaan cuaca sekarang yang agak panas. Pukul 9.00 pagi kami berkumpul di belakang Masjid Syuhada'. Menaiki van Ahmad, keadaan vannya agak selesa. Perjalanan kami selama setengah jam itu, dipenuhi dengan perasaan yang tidak sabar.

Sampai di Ain Sara, kami minta kepada Ahmad untuk mengambil kami pada jam 12 tengahari tapi Ahmad meminta jam 2 petang. Ada kerja katanya. Ok. Tak pe. Ahmad menunjukkan jalan masuk ke Ain Sara. Kami ucapkan terima kasih dan teruskan perjalanan.

TEROKA

 Pertama kali melihat Ain Sara, kami agak terkejut kerana sungainya cetek sahaja, dan dipenuhi dengan sampah tetapi airnya sangat jernih. Allahu, sayangnya. Keindahan ini dicemari dengan plastik,dibuang merata2. Kami menerokai tempat perkelahan itu, mencari kawasan yang bersih dan boleh bermandi-manda seperti dalam gambar yang kami terima.

Kami bergerak ke hilir, kerana air yang di hulu tu keluar dari celahan baru, tiada jalan untuk ke hulu sungai lagi. Jauh kami berjalan mencari tempat yang di katakan. Kelihatan satu kawasan sedang dalam pembinaan. Beberapa orang pakcik arab sedang melakukan kerja-kerja binaan tersebut. Jauh ke selatan kami pergi tidak juga kami temui. Akhirnya kami dan menelefon kawan tersebut.

"Bukan kat bawah. Kat atas lagi. Ada kawasan macam qal'ah, masuk kat situ. Jalan sampai jumpa batu besar, kat belakang batu tu lah"

Ok. Kami berpatah semula ke pintu masuk. Di pintu masuk, laluannya menuruni tangga, baru sampai di gigi air. Di sebelah kiri, ada kawasan munculnya air, dan di tepinya ada terowong di atasnya jalan. Dan di sebelah kanan pula, ada kawasan rekreasi.
[ Punca Air ]

Pada perkiraan kami, kawasan yang di katakan ''qal'ah'' tadi adalah terowong tersebut. Kami berpatah balik ke utara. Ada dua keluarga arab yang baru tiba. Mereka memandang kami. Mungkin pertama kali melihat budak malizi di situ.

Kami melalui terowong dan kami dapati tiada batu besar yang di kata. Tiada satu pun punca air di situ. Hanya batu semata. Kami berhenti rehat sebentar. Minum beberapa teguk air untuk melepaskan lelah. "Macam kita pegi travel pulakkan." Kata salah seorang daripada kami. Kami menelefon semula kawan tadi dan dia memberikan gambar dari pintu masuk. Penuh dengan contengan diatasnya. dia membuat peta dan nota untuk tunjukkan tempat.

Aku dan Ain keluar dari situ untuk meninjau-ninjau sekitar pintu masuk tadi. Jika mengikut peta yang diberikan, betul laluan kami semasa sampai tadi. Kami keluar semula dan menuju ke arah selatan semula. Adoii.. penat. Kelihatan dua keluarga arab sedang seronok berkelah. Mereka bergambar dan bergurau senda.

Kami melalui mereka lagi, segan rasanya. Mereka memandang lagi, mungkin bermacam dalam fikiran mereka. "Kenapa dengan budak malizi ni? Dari tadi ke hulu, ni ulang semula ke hilir?" Nasib baik mereka tidak bertanya.

Kami berhenti rehat sekejap. Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus. Lepak makan-makan dulu. Kemudian baru teruskan perjalanan. Kami mengikut instruction yag diberikan kawan tadi supaya mengikut alur air. Jangan ikut darat. Kami masuk ke dalam air yang jernih itu. Sejuk..!! Airnya cetek sahaja, Paras atas buku lali.

Kami merentasi kawasan binaan itu, pakcik-pakcik arab tiada di sana, mungkin mereka pergi berehat. Kami berjalan-berjalan dan tiba di satu kawasan, airnya dalam sedikit. Ada seperti air terjun kecil. Yeay!! Kami tiba juga ditempat yang kami cari akhirnya. SubhanaAllah, cantik kawasannya. Mungkin slek sikit sebab ada sampah sikit dan pembinaan tu. Kami sempat berposing, mengambil beberapa gambar. Dari kejauhan, kelihatan seorang pakcik arab yang melihat gelagat kami. Dia menghampiri kami. Ohh..Kenapa pulak pakcik ni..??

"Iessyy??"

Dia bertanya sambil menggayakan tangannya, bertanya apa kau buat kat sini..

"Quwayyis??"

"Naam, Huna quwayyiss.. Jamil.. Anta abu iesyy..??"

"Abu Ahmad.."

"Abu Ahmad.. Kathir Ahmad hun..hahaha.."

"Ya 'Ammu, anta ta'mal hun..??

"Naam.."

"Iessyy ta'mal?"

"Makan lisabahah"

Kami mengangguk tanda faham. Oh nak buat kolam renang rupanya.

Kami bermain air dan bergambar. Minta pada pakcik tu tolong tangkapkan gambar. Puas hati, kami cari tempat untuk berehat. Sekali lagi lalu di kawasan keluarga arab, mereka mengambil gambar kami, seorang pemuda arab menyapa kami. "Lei Hou Ma" Kami hanya tersenyum. Ingat kitorang ni cina la tu..   Aku rasa sebahagian arab kat sini tak dapat bezakan muka-muka orang asia.
Menunggu masa untuk pulang. Ahmad yang membawa van tu katanya pukul 2 baru boleh dia datang. Ada kerja.

Sampai sahaja Ahmad, dia bertanya.

"Quwaiyyiss?? Hillu?"

"Mushh Quwaiyyis.. Mushh nazhif.. hohoho.."
[ Ba'din arju hazal makan nazhif ]

Pukul 2 baru kami dapat pulang. Badan penat, sampai di rumah, solat dan lena sebentar..hew hew hew.

Aku sangat berharap, satu hari nanti arab di kawasan itu, membuat kerja amal membersihkan sampah yang ada. Sekiranya tiada sampah-sampah tu, MasyaAllah. Sangat cantik. Kerana airnya sangat jernih dan tidak tercemar.
[ Sahabat Selamanya ]




R.I.N.D.U

Rindu..

Satu kalimah yang hanya mampu ucapkan dalam hati.

Allah.. Betapa aku sangat merinduinya.

Ingin diluahkan rasa itu tapi..... malu? segan? ego?

Tidak pasti..

Biarlah..

Biarlah rasa itu aku pendam dahulu.

Tidak lama sahaja lagi.

Kira, hitung, congak.

Sebulan setengah.

Atau mungkin kurang dari itu.

Bersabarlah duhai hati.

Air mata mengiringi.

Tuhan.. Kuatkan aku.

Thursday, August 14, 2014

Ramadhan Di Jordan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ramadhan.. Ini kali kedua aku berpuasa di Jordan. Hari ini aku nak cerita sikit suasana puasa di Jordan. Dah nak balik baru nak cerita.. apakah la.. huhuhu -_-'

MASA

Waktu musim panas, siang akan mengalami waktu siang yang panjang berbanding malam. Dan pada musim sejuk pula, malam yang akan panjang. Penat tidur, tak siang2.. hehehe. Syok la. Berbungkus dengan hirom je..hehehe

Oleh kerana puasa tahun ini pada musim panas, jadi di sini kami berpuasa selama 16 jam lebih kurang.. huhuhu.. lama kan..
Pukul 3 pagi dah bangun untuk bersahur dan akan berbuka hampir pukul 8 malam.. perrgghhh!!! Bila difikir balik, aku rasa macam tak percaya je kan.. Sebab ambil shortsem, kelas tiap2 hari exp jumaat dan sabtu. Panas kot. Agak terik kat luar. Tapi alhamdulillah, kami semua kat sini dapat harunginya dengan tabah.. Mungkin sebab takde bazaar Ramadhan macam kat Malaysia, so takda la dugaan bau-bauan dan makanan yang menyelerakan. Hahaha. Kalau ada, tergugat gak kot.

IFTOR

Sebut tentang iftor, seronok bila dapat iftor ramai-ramai. Kadang-kadang ada kawan-kawan yang ajak berbuka di rumah mereka. Dapat mengeratkan silaturrahim kan :)
Selain tu, budak-budak Malaysia dapat jemputan iftor di rumah orang-orang arab. Bukan budak Malaysia je, Thailand, Philiphine, China dan lain2 pun sama. Memberi makan kepada orangkan pahalanya besar selain dapat mengeratkan ukhwah. Jadi ramai la pak2 arab yang ajak budak Malaysia.

Biasa mereka menyediakan nasi arab. Tahun ni memang best sebab banyak dapat jemputan. Bila lagi nak makan nasi arab sekenyang-kenyangnya. Sebab orang arab sangat mengihtiram budak Melayu kat sini, memang makanan tu sangat2 banyak. Satu dulang tu 6 orang pun belum tentu habis.

Tengok la ni, banyak kan.. Ni kalau boleh dorang suh habiskan. Mau pecah perut.. hahahha.. Ni untuk 5 6 orang macam tu.. memang tak habis la. Kami akan bawa pulang ke rumah untuk sahur. Hehehe.. :D

TERAWEH

Solat teraweh biasanya aku akan ke masjid bersama teman-teman. Aku suka cari pengalaman. Kalau boleh semua masjid dekat Mutah ni aku nak merasa teraweh kat situ. Sampaikan aku teringin nak teraweh di Masjid Negara Jordan dekat Amman. Mak oii.. Jauh kot.. Tapi Alhamdulillah, hajat aku dapat dipenuhi. Kebetulan ada budak Malaysia yang buat trip ke Amman. Ke Balad dan Carefour untuk membeli-belah untuk persiapan raya. Aku ape lagi, saja request nak solat teraweh kat Masjid Negara. Tak sangka pulak diterima.. Alhamdulillah :') yela.. Ramadhan terakhir di Jordan, aku nak la jugak. Malam tu malam last teraweh bulan Ramadhan. Malam esoknye nak takbir raya dah :)

Inilah cerita aku menyambut Ramadhan di Jordan. Kenangan ini takkan aku lupa. Walaupun berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan di sini lah peneman. Merekalah keluarga aku di sini. Susah payah bersama. Thanks sahabat :')

P/s : Nak letak gambar kat masjid negara tp dalam hp kawan. Lupa nak bluetooth.. huhuhu -_-'


Monday, July 28, 2014

Dugaan ini sangat dasyat :’(

Bismillah..

Ramadhan sudah berlalu..
Terlalu cepat aku rasa sehingga tidak terasa sudah sampai ke penghujung.
Ramadhan kali ini, sebulan aku menyambutnya di Jordan. Jika tahun lepas aku sempat berpuasa di Malaysia tapi kali ini selama sebulan aku berpuasa di sini. Aku tidak pulang kali iNi kerana aku akan khirij tidak lama lagi.

Ramadhan kali ini agak mencabar. Dugaan demi dugaan datang. Dugaan yang sangat hebat aku rasa. Kerana ia berkaitan dengan hati. Ya, hati. :’(

Lemah..
Aku tidak kuat seperti yang disangka.
Mungkin diluar kelihatan biasa, tetapi di hati tiada siapa tahu. Allahu, hebat sangat ujian ini. Ingin saja aku lari, pergi ke tempat yang tiada orang. Melepaskan segala yang terbuku di hati.
Aaaarrggghhhh!!!

Aku tidak faham. Aku tidak mengerti apa yang terjadi. Aku tertanya-tanya. Di saat aku sudah terlalu yakin. Kenapa? Kenapa? Maafkan aku kerana tidak mengerti.

Kadang-kadang apa yang kita lakukan tanpa kita sedar telah menyakiti hati seseorang. Sungguh aku tidak tahu.. Bukan aku tidak menghargai.

Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku hanya boleh menyerahkan segalanya pada Allah sahaja. Kerana hanya Dia yang bisa menggerakkan hati hamba-hambanya. Kerana aku yakin dari dulu lagi. Aku yakin dengan apa yang aku rasa. Aku hanya berharap pada Dia sahaja. Hanya Dia. :’(


Sunday, June 15, 2014

Road To Graduate..

Bismillah...

Alhamdulillah.. Selesai sudah mendaftar subjek. Kali ini aku dapat daftar dengan mudah kerana jamiah telah menukar sistem potal jamiah. Untuk adil bagi pelajar tajsir kata mereka. Alhamdulillah. 3 subjek untuk musim panas ini. Sohahain+Alaqat+Riadi. Semoga dengan cuaca yang panas ini, aku mampu untuk bawa subjek-subjek ini. Belajar hanya lebih kurang sebulan setengah sahaja. Perlukan mujahadah yang kuat. Mampukah aku?

Dan aku masih berbaki 4 subjek yang aku akan ambil semester depan, fasal awal. Iaitu selepas fasal soifi (musim panas) ini. Moga Allah permudahkan urusan aku untuk khirij. Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di Malaysia. Aku rindu wajah-wajah itu. Aku mahu mereka menyambut aku dengan wajah gembira dan ceria.

Kadang aku berangan..
Saat menjejakkan kaki di airport, keluar dari pintu dan melihat ramai orang menunggu menyambut orang yang baru tiba. Dari jauh aku terlihat wajah-wajah mereka tersenyum kepadaku. Dan aku melihat juga wajah seorang yang aku amat harap dia ada menyambut aku. Allah.. Rindunya aku. T_T Adakah akan jadi realiti atau hanya sekadar angan-angan. *Nak jadi realiti!! Realiti!! Sangat mengharap*

Aku mahu khirij atau graduate dengan muaddal yang cemerlang. Aku kata pada abah, yang aku sangat takut nak jawab exam. Abah kata buat apa nak takut. Kalau selalu ulangkaji, selalu baca buku, tak perlu untuk berasa takut. Ok. Sentap!! Jadi kali ini aku akan berusaha sungguh-sungguh. Bantu aku Ya Allah..


Beberapa hari ni sedih. sebab dah tersakitkan hati dia. Maaf.. Tak sengaja. :'( Ni rasa lagi cepat nak balik.. :'(

Friday, May 16, 2014

Musim Bunga Jordan 2014

Assalaamualaikum dan selamat petang..
Ehem..ehem..

Tengah layan lagu Queen Of My Heart BSB.. hehe..
Ni semua sebab tengah boring tapi tak sedar-sedar final around the corner..hewhewhew..

Tengok ni...

[ Antara bunga-bunga di Jamiah Mu'tah ]

Tahun ini kali kedua aku merasai musim bunga di bumi Mu'tah ini dan InshaaAllah merupakan musim bunga kali terakhir untuk aku dan kawan-kawan. Sebabnya jika diizinkan Allah aku akan khirij pada awal tahun 2015 nanti. Kemungkinan untuk aku merasai spring kat sini sangat-sangat kurang.

Btw, aku dah snap gambar banyak-banyak, jadi nanti kalau aku rindu nak musim bunga boleh tengok gambar. Ye dak? kan.. hehehe.. Aku pun sebenarnya tak puas lagi nak snap gambar. Tunggulah satu hari aku guna untuk snap gambar je.hahaha.. Kan seronok if ada DSLR ke kan.. mohon hadiahkan DSLR sebijik!! hehehe :)

Tak sabar aihh nak balik mesia, tak sabar nak khirij, tak sabar nak jumpa orang2 tersayang, tak sabar nak kerja, tak sabar nak kawen. Opss.. hahaha.. Tak sabar dan tak sabar. 

Ok. Sekarang cukup-cukup merepek kat sini, boleh segera membaca buku. heee 

P/S : 8 1/2 months to go...


Sunday, April 20, 2014

20 Jamadil Akhir :)

Bismillah....


20 Jamadil Akhir...
Semalam aku pulang dari program FEMES anjuran KREM. FEMES tu ape?? FEMES ialah satu Festival Multimedia seJordan yang pertama kali diadakan di sini. Panelnya merupakan selebriti terkenal tanah air. Mat luthfi, Haji Syirfan (Tv Alhijrah) dan Imran Koyube (ILuvIslam). Best.. Banyak bende yang aku dapat dari program ni.

Ok. aku bukan nak cerita tentang tu. Semalam aku balik, sampai Mu’tah area jam 11.45 p.m lebih kurang. Mata sangat mengantuk. Dalam koaster dah terlelap dah tapi paham2 jela.. Tak selesa macam tido atas tilam. huhu.

Sampai je umah, aku rehat-rehat sambil menunggu jam pukul 1a.m. Sebab aku nak tunggu pukul 6 a.m kat mesia. Aku nak wish Sanah Helwa dekat orang tersayang :) Tapi dalam blog pun aku nak wish.

’Selamat Hari Lahir.. 20 Jamadil Akhir.. Tua dah..hehe.. Semoga sentiasa berada dalam lindunganNya.’

Banyak yang aku nak ucapkan tapi biar aku titipkan dalam doa.. Itu lebih baik.. :)

Walaupun jauh beribu batu. Walaupun bermacam dugaan yang datang. Aku tidak akan pernah berpaling. Semoga ikatan yang telah terjalin ini akan terikat sampai bila-bila.

Maafkan segala kekurangan dan kelemahan diri ini. Aku bukan insan sempurna.

Just wait for a while.. I’ll be back..

Kek? It will be around the corner. But sekarang ni makan kek tanpa dia lah. Nanti dah balik mesia kita makan kek sama2 ye :’)

Sunday, April 13, 2014

Amanah dan Tanggungjawab

Bismillah........

Mata tidak berhenti melihat ke luar tingkap.. Menghayati padang pasir yang luas.. Coklat sahaja warnanya. Diselang-seli dengan kehijauan rumput2 yang sedikit..

Jari mula bergerak mengira satu,dua,tiga,empat,lima,enam,tujuh,lapan,sembilan, sepuluh. Ya, sepuluh bulan.

Lebih kurang 10 bulan baki aku di sini.
10 bulan baki untuk aku menghayati ciptaan Allah di bumi Urdun ini.
10 bulan untuk aku berulang-alik ke jamiah.
10 bulan untuk aku hadam dan fahamkan apa yang aku belajar.
10 bulan sebelum aku bergelar seorang graduan ijazah sarjana muda.
10 bulan sebelum aku dapat menatap wajah2 tersayang yang telah berpenat lelah untuk aku di sini.
10 bulan sahaja.. Masa yang tidak terlalu panjang. Terlalu cepat masa berlalu tanpa aku sedar. Terasa seolah2 baru saja menjejakkan kaki di sini.
Allahu..

Apa yang telah aku lakukan.. Apa yang akan aku bawa pulang.. Banyaknya ilmu yang belum aku hadam. Masihkah ada waktu?

Allah... Permudahkanlah..

|AmanahDanTanggungjawab|

Suka hijau :)

Fuhhh... fuhhh... fuhhh....
Berhabuk-habuk.. tula.. dah lama sangat tak bersihkan.. huhu.. bizi sangat idok le tapi kemalasan tahap melampau punya pasal..haha..

oppsss... Assalamamualaikum..

hihi... sekarang ni on the way nak balik mutah dari irbid. Jauh jugak la..Kira-kira 4 jam.. tu naik kenderaan yang straight la dari destinasi tu ke destinasi ni.. kalo naik bas tu memang lambat sikit sampai sebab kena tukar bas. dari mutah ke amman.. pastu naik teksi ke stesen bas satu lagi. baru amik bas kat sana. dari amman ke irbid pulak.
jauh..jauh...

Sebenarnya dah lama nak update blog tapi asyik tak berpeluang je, ini pun sebab boring dalam coaster.. cepat-cepat la sampai ni..

Minggu ni ke irbid. Minggu lepas pun ke irbid. Dan minggu depan akan ke amman. Ohh Setiap minggu keluar mantiqah. Semuanya kerana tanggungjawab. Kerana sudah di amanahkan.
Hanya jalankan dengan baik.

Sepanjang perjalanan, aku rasa seronok sangat sebab aku dapat tengok pemandangan musim bunga. Walaupun padang pasir takde bunga pun tapi aku dapat la tengok kehijauan rumput-rumput. Dapat la mengubat rindu pada kehijauan itu. Aku suka hijau. Aku suka pokok, gunung yang hijau, aku suka alam. Aku rindukan kawasan yang hijau. tenang.....

Aku rindu Malaysia. Di Jordan ni aku susah nak dapat tengok gunung yang berwarna hijau. penuh dengan pokok-pokok. Kerana kat sini gunung padang pasir dan batu. Pokok pun tak berapa nak banyak. Sikit jer. Hehehe..

Teringat ketika bersembang dengan abah. Waktu tu musim sejuk.

Abah : Sekarang kat sana musim sejuk ye?
Aku   : Aah.. Sejuk sangat. Sini ada salji :) . [excited coz hanya beberapa tempat di Jordan yang turun salji]
Abah : Jaga kesihatan tu, duduk kat tempat unggun api tu.
Aku   : Errkk... abah, sini mana ada tempat unggun api tu. Along pakai cadar elektrik je. Kalau ada, nak bakar guna apa, kayu api nak cari mana. Sini pokok sikit je bah...hihihihi...

Patut la kat sini takde serombong asap tempat unggun api tu..haha.. :D

[Gambar hiasan]

P/S : Ok. Entry ni aku tulis 2 minggu lepas. Baru ditambah sikit malam ni.. Taktau nak cerita apa. Nanti aku masukkan gambar musim bunga kali ini. Macam ni pon boleh.. -_-


Monday, January 27, 2014

Haramain..


Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Esok.. Opss.. hari ini sebab jam pun sudah menunjukkan jam 1210am inshaaAllah hari ini aku akan bermusafir ke Haramain selepas isya' malam ini untuk mengerjakan umrah.

Alhamdulillah Allah memberi peluang kepada kami (aku dan sahabat2) untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Semoga perjalanan kami ini berjalan lancar dan dipermudahkanNya.

Allahu.. Semoga dengan niat yang suci ini, Engkau menerima kami sebagai tetamuMu Ya Allah. Dan menerima umrah kami.

Jika ada salah dan silap diri ini, harap dimaafkan dan dihalalkan segala2nya.

Doakan juga perjalanan kami dipermudahkan dan berjalan lancar.. Ameen..

Aku doakan juga semoga pembaca juga dapat menjejakkan kaki ke sini. InshaaAllah.


besdey+cheese cake

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. wah!! sunyinya malam ini..
ohh.. jordan semua dah lena diulit mimpi.. 
tapi orang2 kat mesia.. bangun2.. subuh dah ni oii..
hehe..

Semalam aku berpeluang buat cheese cake.. Ni first time aku buat.. Sebelum ni buat kek coklat moist je..  Teringin.. Maklumlah baru2 ni ada besdey orang tu.. :) Jadinye teringin nak makan kek.
Lama juga la tak makan kek nih.. Buat kek apatah lagi.. 

Selamat Hari Lahir :)




Memandangkan kat sini cheese agak murah berbanding kat mesia, dan nak juga mencuba buat kek lain pulak. Yela, takkan nak makan kek coklat je. Kena la belajar buat kek lain. Nanti nak kawen kan..haha.. :) Mesti la kena belajar macam2 resepi.. Biar suami makan kek yang kita buat. Takkan setiap kali besdey nak tempah kek kat luar..hihihi

Aku buat cheese cake kukus.. Bukan bakar ye.. sebab takde oven.. lepas ni balik mesia, dah ade oven boleh la buat yang bakar pulak..
inilah hasilnya..

jeng..jeng..jeng


[cheese cake]

First try.. Bagi aku agak manis sikit. Lepas ni boleh la kurangkan gula dalam masakan tapi maniskan dalam senyuman..ehehehe... Kholass!!

Saturday, January 4, 2014

Perang Mu'tah


Assalamualaikum.. tiba2 malam ni rajin la pulak nak update blog..hehe.. sekadar perkongsian.. Maklumlah belajar kat Mutah Jordan tapi tau tahu kisah sejarahnya.. rugi la..


Ni gambar yang sempat aku snap semasa dalam perjalanan ke jamiah sambil berjalan kaki. 

Perang Mu'tah atau dikenali dengan mu'rakah Mu'tah..

Mu'rakah Mu’tah berlaku pada Jamadil Awal, tahun ke-8 hijrah. Mu’tah merupakan sebuah kampung di pinggir Syam. Sekarang ia dinamakan dengan al-Karak. Letaknya di tenggara Laut Mati.

Sebab peperangan ini; Rasul s.a.w. telah mengutus al-Harith bin Umair al-Azdi.Beliau membawa sepucuk surat kepada al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, Raja Basrah yang menjadi wakil Herkules. Dalam surat itu, Baginda s.a.w. mengajaknya kepada Islam (ia merupakan antara surat yang diutuskan oleh Baginda s.a.w. kepada maharaja-maharaja dunia dan raja-raja Arab. Perutusan ini dilakukan selepas perdamaian Hudaibiyyah). Apabila utusan Baginda tiba di Mu’tah, salah seorang raja Arab Ghassan yang tunduk kepada Caesar Rom bertanya kepadanya: “Kamu mahu pergi ke mana? Boleh jadi kamu salah seorang utusan Muhammad?” Lantas utusan Baginda s.a.w. menjawab: “Ya.” Lalu raja tersebut mengikat dan memenggal lehernya.

Berita pembunuhan tersebut sampai kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda merasa amat sedih kerana tiada utusan Baginda yang dibunuh selain daripada beliau. Baginda mempersiapkan satu angkatan tentera Islam seramai 3,000 orang. Baginda melantik Zaid bin Harithah sebagai panglima mereka. Baginda berpesan, sekiranya Zaid mati syahid, mereka hendaklah melantik Jaafar bin Abi Tolib (sebagai penggantinya). Sekiranya Jaafar pula mati syahid, mereka hendaklah melantik Abdullah bin Rawwahah (sebagai pengganti seterusnya).Baginda mengarahkan Zaid mara ke tempat pembunuhan al-Harith bin Umair (di Mu’tah) dan menyeru penduduk di sana kepada Islam. Sekiranya mereka menolak seruan tersebut,tentera Islam hendaklah memohon pertolongan Allah dan memerangi mereka. Baginda berpesan kepada mereka dengan sabdanya:

“Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan berbuat baik kepada orang Islam yang bersama kamu. Perangilah sesiapa yang kufur kepada Allah dengan nama dan demi jalan Allah. Jangan kamu belot (jika diadakan perjanjian) atau mencuri rampasan perang (sebelum diagihagihkan).Jangan kamu membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua yang tak berdaya dan pendita yang memencilkan diri digereja. Jangan kamu memusnahkan pokok kurma, memotong pokok atau meruntuhkan binaan.”

Kemudian angkatan tentera Islam berangkat dengan mengharapkan keberkatan Allah.Rasul s.a.w. sendiri telah menghantar mereka berlepas (dari Madinah). Mereka terus berjalan sehingga sampai ke Ma’an( Sebahagian ulama memanggilnya Mu’an).Di sana, mereka mendapat berita bahawa Herkules telah menghimpunkan satu angkatan tentera yang besar. Angkatan tersebut telah berpengkalan di Maab, salah sebuah kampung al-Balqak (kawasan perkampungan yang dibangunkan oleh Damsyik. Kotanya dikenali dengan Amman). Mereka terdiri daripada bangsa Rom dan Arab yang menganut agama Nasrani. Bkoran itu, orang Islam telah bermesyuarat sesama mereka.Mereka berpandangan untuk meminta bantuan daripada Rasulullah s.a.w. atau Baginda memberi arahan lain untuk mereka lakukan. Namun Abdullah bin Rawwahah membangkang seraya berkata: “Demi Allah, peperangan yang kamu benci ini merupakan tujuan sebenar kamu keluar. Kamu mengejar mati syahid. Kita tidak memerangi manusia berdasarkan bilangan, kuantiti yang ramai mahupun kekuatan. Kita memerangi mereka hanya berbekalkan agama yang Allah muliakan kita dengannya. Sesungguhnya kesudahan perang ini hanya salah satu daripada dua kebaikan: sama ada kemenangan ataupun mati syahid.”

Oleh itu, orang ramai bersetuju dengan beliau untuk memasuki kancah pertempuran.

Seterusnya, peperangan bermula. Zaid telah berperang sehingga syahid. Kemudian Jaafar bin Abi Tolib menerima panji-panji angkatan tentera Islam menggantikan beliau.Jaafar pada mulanya berperang di atas kudanya kemudian terpaksa turun dan berperang dengan berjalan kaki. Tangan kanannya telah terpotong, lantas dia memegang panji-panji Islam dengan tangan kirinya. Kemudiannya tangan kirinya pula terpotong. Lalu dia memeluk panji-panji itu sehingga akhirnya beliau r.a. turut syahid.Pada mayat beliau, terdapat lebih daripada 70 kesan luka antara tetakan pedang ataupun tikaman lembing. Kemudian Abdullah bin Rawwahah mengambil panji-panji tersebut dan berperang sehingga dia turut syahid.

Setelah itu orang Islam bersepakat melantik Khalid bin al-Walid sebagai panglima tentera(ini adalah peperangan pertama yang beliau sertai setelah memeluk Islam). Beliau menggunakan kelicikan perangnya sehingga berjaya menyelamatkan angkatan tentera Islam daripada binasa. Dia pulang bersama-sama angkatan tentera Islam itu ke Madinah.

Pertempuran ini merupakan pertempuran pertama yang dilalui oleh orang Islam diluar semenanjung-tanah Arab untuk melawan Rom.Rasulullah s.a.w. telah menggelarkan Khalid bin al-Walid dalam peperangan ini dengan gelaran “Saifullah” (Pedang Allah).

Tambahan:

Perang Mu’tah (bahasa Arab: معركة مؤتة , غزوة مؤتة) berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera.

Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.

Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Ja’afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja’afar sekiranya Ja’afar terkorban.

Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.

Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.

Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.

Selepas ini, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Sekian Wallahu’alam….

p/s: Tentang bilangan tentera Islam dan Rom ada khilaf,ada yang mengatakan tentera rom seramai 100 ribu dan pendapat yang kuat mengatakan 200 ribu (petikan seorang ustaz duktur ahmad/qisim adab dan sastera disalah sebuah university di Jordan)
Moga menjadi pembakar semangat buat kita belajar.

[ cOpy+paste ]

Kisah Pakcik Jual Laksa Beras

Bismillah...

Sedang keboringan tiba2 aku terjumpa kisah ini di facebook ustazah aku. Kisah Pakcik Jual Laksa Beras. Tengok tajuk je aku terus terbayang laksa kat malaysia nun.. aduhh!! Lapar rasenye.. Kat sini memang tak dapek la.. Kalau buat sendiri pun tak sama rasa macam kat malaysia..

Jadi aku pun copy+paste la.. saja nak kongsi bersama.. Kisahnya macam ni....

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras, pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “Pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawab, "Duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya menggilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba di mana-mana kampung, menjelang waktu solat sama ada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana-mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah. Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat. Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, di sini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar."

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal mengelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.
Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya untuk kebaikan diri kita sendiri.


[ copy+paste ]

Lihatlah.. walaupun bukan orang yang berada, pakcik ini tetap berusaha untuk mampu ke Tanah Suci.. Allahu.. Dapat melakukan ibadah korban setiap tahun lagi..

Usaha..!! ya.. semua itu perlu usaha. Tanpa usaha tidak kemana. Permudahkan urusanku Ya Allah.. ameen.