Berhabuk-habuk.. tula.. dah lama sangat tak bersihkan.. huhu.. bizi sangat idok le tapi kemalasan tahap melampau punya pasal..haha..
oppsss... Assalamamualaikum..
hihi... sekarang ni on the way nak balik mutah dari irbid. Jauh jugak la..Kira-kira 4 jam.. tu naik kenderaan yang straight la dari destinasi tu ke destinasi ni.. kalo naik bas tu memang lambat sikit sampai sebab kena tukar bas. dari mutah ke amman.. pastu naik teksi ke stesen bas satu lagi. baru amik bas kat sana. dari amman ke irbid pulak.
jauh..jauh...
Sebenarnya dah lama nak update blog tapi asyik tak berpeluang je, ini pun sebab boring dalam coaster.. cepat-cepat la sampai ni..
Minggu ni ke irbid. Minggu lepas pun ke irbid. Dan minggu depan akan ke amman. Ohh Setiap minggu keluar mantiqah. Semuanya kerana tanggungjawab. Kerana sudah di amanahkan.
Hanya jalankan dengan baik.
Sepanjang perjalanan, aku rasa seronok sangat sebab aku dapat tengok pemandangan musim bunga. Walaupun padang pasir takde bunga pun tapi aku dapat la tengok kehijauan rumput-rumput. Dapat la mengubat rindu pada kehijauan itu. Aku suka hijau. Aku suka pokok, gunung yang hijau, aku suka alam. Aku rindukan kawasan yang hijau. tenang.....
Aku rindu Malaysia. Di Jordan ni aku susah nak dapat tengok gunung yang berwarna hijau. penuh dengan pokok-pokok. Kerana kat sini gunung padang pasir dan batu. Pokok pun tak berapa nak banyak. Sikit jer. Hehehe..
Teringat ketika bersembang dengan abah. Waktu tu musim sejuk.
Abah : Sekarang kat sana musim sejuk ye?
Aku : Aah.. Sejuk sangat. Sini ada salji :) . [excited coz hanya beberapa tempat di Jordan yang turun salji]
Abah : Jaga kesihatan tu, duduk kat tempat unggun api tu.
Aku : Errkk... abah, sini mana ada tempat unggun api tu. Along pakai cadar elektrik je. Kalau ada, nak bakar guna apa, kayu api nak cari mana. Sini pokok sikit je bah...hihihihi...
Patut la kat sini takde serombong asap tempat unggun api tu..haha.. :D
[Gambar hiasan]
No comments:
Post a Comment