Thursday, August 14, 2014

Ramadhan Di Jordan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ramadhan.. Ini kali kedua aku berpuasa di Jordan. Hari ini aku nak cerita sikit suasana puasa di Jordan. Dah nak balik baru nak cerita.. apakah la.. huhuhu -_-'

MASA

Waktu musim panas, siang akan mengalami waktu siang yang panjang berbanding malam. Dan pada musim sejuk pula, malam yang akan panjang. Penat tidur, tak siang2.. hehehe. Syok la. Berbungkus dengan hirom je..hehehe

Oleh kerana puasa tahun ini pada musim panas, jadi di sini kami berpuasa selama 16 jam lebih kurang.. huhuhu.. lama kan..
Pukul 3 pagi dah bangun untuk bersahur dan akan berbuka hampir pukul 8 malam.. perrgghhh!!! Bila difikir balik, aku rasa macam tak percaya je kan.. Sebab ambil shortsem, kelas tiap2 hari exp jumaat dan sabtu. Panas kot. Agak terik kat luar. Tapi alhamdulillah, kami semua kat sini dapat harunginya dengan tabah.. Mungkin sebab takde bazaar Ramadhan macam kat Malaysia, so takda la dugaan bau-bauan dan makanan yang menyelerakan. Hahaha. Kalau ada, tergugat gak kot.

IFTOR

Sebut tentang iftor, seronok bila dapat iftor ramai-ramai. Kadang-kadang ada kawan-kawan yang ajak berbuka di rumah mereka. Dapat mengeratkan silaturrahim kan :)
Selain tu, budak-budak Malaysia dapat jemputan iftor di rumah orang-orang arab. Bukan budak Malaysia je, Thailand, Philiphine, China dan lain2 pun sama. Memberi makan kepada orangkan pahalanya besar selain dapat mengeratkan ukhwah. Jadi ramai la pak2 arab yang ajak budak Malaysia.

Biasa mereka menyediakan nasi arab. Tahun ni memang best sebab banyak dapat jemputan. Bila lagi nak makan nasi arab sekenyang-kenyangnya. Sebab orang arab sangat mengihtiram budak Melayu kat sini, memang makanan tu sangat2 banyak. Satu dulang tu 6 orang pun belum tentu habis.

Tengok la ni, banyak kan.. Ni kalau boleh dorang suh habiskan. Mau pecah perut.. hahahha.. Ni untuk 5 6 orang macam tu.. memang tak habis la. Kami akan bawa pulang ke rumah untuk sahur. Hehehe.. :D

TERAWEH

Solat teraweh biasanya aku akan ke masjid bersama teman-teman. Aku suka cari pengalaman. Kalau boleh semua masjid dekat Mutah ni aku nak merasa teraweh kat situ. Sampaikan aku teringin nak teraweh di Masjid Negara Jordan dekat Amman. Mak oii.. Jauh kot.. Tapi Alhamdulillah, hajat aku dapat dipenuhi. Kebetulan ada budak Malaysia yang buat trip ke Amman. Ke Balad dan Carefour untuk membeli-belah untuk persiapan raya. Aku ape lagi, saja request nak solat teraweh kat Masjid Negara. Tak sangka pulak diterima.. Alhamdulillah :') yela.. Ramadhan terakhir di Jordan, aku nak la jugak. Malam tu malam last teraweh bulan Ramadhan. Malam esoknye nak takbir raya dah :)

Inilah cerita aku menyambut Ramadhan di Jordan. Kenangan ini takkan aku lupa. Walaupun berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan di sini lah peneman. Merekalah keluarga aku di sini. Susah payah bersama. Thanks sahabat :')

P/s : Nak letak gambar kat masjid negara tp dalam hp kawan. Lupa nak bluetooth.. huhuhu -_-'


No comments:

Post a Comment