Monday, January 27, 2014

Haramain..


Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..
Esok.. Opss.. hari ini sebab jam pun sudah menunjukkan jam 1210am inshaaAllah hari ini aku akan bermusafir ke Haramain selepas isya' malam ini untuk mengerjakan umrah.

Alhamdulillah Allah memberi peluang kepada kami (aku dan sahabat2) untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Semoga perjalanan kami ini berjalan lancar dan dipermudahkanNya.

Allahu.. Semoga dengan niat yang suci ini, Engkau menerima kami sebagai tetamuMu Ya Allah. Dan menerima umrah kami.

Jika ada salah dan silap diri ini, harap dimaafkan dan dihalalkan segala2nya.

Doakan juga perjalanan kami dipermudahkan dan berjalan lancar.. Ameen..

Aku doakan juga semoga pembaca juga dapat menjejakkan kaki ke sini. InshaaAllah.


besdey+cheese cake

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. wah!! sunyinya malam ini..
ohh.. jordan semua dah lena diulit mimpi.. 
tapi orang2 kat mesia.. bangun2.. subuh dah ni oii..
hehe..

Semalam aku berpeluang buat cheese cake.. Ni first time aku buat.. Sebelum ni buat kek coklat moist je..  Teringin.. Maklumlah baru2 ni ada besdey orang tu.. :) Jadinye teringin nak makan kek.
Lama juga la tak makan kek nih.. Buat kek apatah lagi.. 

Selamat Hari Lahir :)




Memandangkan kat sini cheese agak murah berbanding kat mesia, dan nak juga mencuba buat kek lain pulak. Yela, takkan nak makan kek coklat je. Kena la belajar buat kek lain. Nanti nak kawen kan..haha.. :) Mesti la kena belajar macam2 resepi.. Biar suami makan kek yang kita buat. Takkan setiap kali besdey nak tempah kek kat luar..hihihi

Aku buat cheese cake kukus.. Bukan bakar ye.. sebab takde oven.. lepas ni balik mesia, dah ade oven boleh la buat yang bakar pulak..
inilah hasilnya..

jeng..jeng..jeng


[cheese cake]

First try.. Bagi aku agak manis sikit. Lepas ni boleh la kurangkan gula dalam masakan tapi maniskan dalam senyuman..ehehehe... Kholass!!

Saturday, January 4, 2014

Perang Mu'tah


Assalamualaikum.. tiba2 malam ni rajin la pulak nak update blog..hehe.. sekadar perkongsian.. Maklumlah belajar kat Mutah Jordan tapi tau tahu kisah sejarahnya.. rugi la..


Ni gambar yang sempat aku snap semasa dalam perjalanan ke jamiah sambil berjalan kaki. 

Perang Mu'tah atau dikenali dengan mu'rakah Mu'tah..

Mu'rakah Mu’tah berlaku pada Jamadil Awal, tahun ke-8 hijrah. Mu’tah merupakan sebuah kampung di pinggir Syam. Sekarang ia dinamakan dengan al-Karak. Letaknya di tenggara Laut Mati.

Sebab peperangan ini; Rasul s.a.w. telah mengutus al-Harith bin Umair al-Azdi.Beliau membawa sepucuk surat kepada al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, Raja Basrah yang menjadi wakil Herkules. Dalam surat itu, Baginda s.a.w. mengajaknya kepada Islam (ia merupakan antara surat yang diutuskan oleh Baginda s.a.w. kepada maharaja-maharaja dunia dan raja-raja Arab. Perutusan ini dilakukan selepas perdamaian Hudaibiyyah). Apabila utusan Baginda tiba di Mu’tah, salah seorang raja Arab Ghassan yang tunduk kepada Caesar Rom bertanya kepadanya: “Kamu mahu pergi ke mana? Boleh jadi kamu salah seorang utusan Muhammad?” Lantas utusan Baginda s.a.w. menjawab: “Ya.” Lalu raja tersebut mengikat dan memenggal lehernya.

Berita pembunuhan tersebut sampai kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda merasa amat sedih kerana tiada utusan Baginda yang dibunuh selain daripada beliau. Baginda mempersiapkan satu angkatan tentera Islam seramai 3,000 orang. Baginda melantik Zaid bin Harithah sebagai panglima mereka. Baginda berpesan, sekiranya Zaid mati syahid, mereka hendaklah melantik Jaafar bin Abi Tolib (sebagai penggantinya). Sekiranya Jaafar pula mati syahid, mereka hendaklah melantik Abdullah bin Rawwahah (sebagai pengganti seterusnya).Baginda mengarahkan Zaid mara ke tempat pembunuhan al-Harith bin Umair (di Mu’tah) dan menyeru penduduk di sana kepada Islam. Sekiranya mereka menolak seruan tersebut,tentera Islam hendaklah memohon pertolongan Allah dan memerangi mereka. Baginda berpesan kepada mereka dengan sabdanya:

“Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan berbuat baik kepada orang Islam yang bersama kamu. Perangilah sesiapa yang kufur kepada Allah dengan nama dan demi jalan Allah. Jangan kamu belot (jika diadakan perjanjian) atau mencuri rampasan perang (sebelum diagihagihkan).Jangan kamu membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua yang tak berdaya dan pendita yang memencilkan diri digereja. Jangan kamu memusnahkan pokok kurma, memotong pokok atau meruntuhkan binaan.”

Kemudian angkatan tentera Islam berangkat dengan mengharapkan keberkatan Allah.Rasul s.a.w. sendiri telah menghantar mereka berlepas (dari Madinah). Mereka terus berjalan sehingga sampai ke Ma’an( Sebahagian ulama memanggilnya Mu’an).Di sana, mereka mendapat berita bahawa Herkules telah menghimpunkan satu angkatan tentera yang besar. Angkatan tersebut telah berpengkalan di Maab, salah sebuah kampung al-Balqak (kawasan perkampungan yang dibangunkan oleh Damsyik. Kotanya dikenali dengan Amman). Mereka terdiri daripada bangsa Rom dan Arab yang menganut agama Nasrani. Bkoran itu, orang Islam telah bermesyuarat sesama mereka.Mereka berpandangan untuk meminta bantuan daripada Rasulullah s.a.w. atau Baginda memberi arahan lain untuk mereka lakukan. Namun Abdullah bin Rawwahah membangkang seraya berkata: “Demi Allah, peperangan yang kamu benci ini merupakan tujuan sebenar kamu keluar. Kamu mengejar mati syahid. Kita tidak memerangi manusia berdasarkan bilangan, kuantiti yang ramai mahupun kekuatan. Kita memerangi mereka hanya berbekalkan agama yang Allah muliakan kita dengannya. Sesungguhnya kesudahan perang ini hanya salah satu daripada dua kebaikan: sama ada kemenangan ataupun mati syahid.”

Oleh itu, orang ramai bersetuju dengan beliau untuk memasuki kancah pertempuran.

Seterusnya, peperangan bermula. Zaid telah berperang sehingga syahid. Kemudian Jaafar bin Abi Tolib menerima panji-panji angkatan tentera Islam menggantikan beliau.Jaafar pada mulanya berperang di atas kudanya kemudian terpaksa turun dan berperang dengan berjalan kaki. Tangan kanannya telah terpotong, lantas dia memegang panji-panji Islam dengan tangan kirinya. Kemudiannya tangan kirinya pula terpotong. Lalu dia memeluk panji-panji itu sehingga akhirnya beliau r.a. turut syahid.Pada mayat beliau, terdapat lebih daripada 70 kesan luka antara tetakan pedang ataupun tikaman lembing. Kemudian Abdullah bin Rawwahah mengambil panji-panji tersebut dan berperang sehingga dia turut syahid.

Setelah itu orang Islam bersepakat melantik Khalid bin al-Walid sebagai panglima tentera(ini adalah peperangan pertama yang beliau sertai setelah memeluk Islam). Beliau menggunakan kelicikan perangnya sehingga berjaya menyelamatkan angkatan tentera Islam daripada binasa. Dia pulang bersama-sama angkatan tentera Islam itu ke Madinah.

Pertempuran ini merupakan pertempuran pertama yang dilalui oleh orang Islam diluar semenanjung-tanah Arab untuk melawan Rom.Rasulullah s.a.w. telah menggelarkan Khalid bin al-Walid dalam peperangan ini dengan gelaran “Saifullah” (Pedang Allah).

Tambahan:

Perang Mu’tah (bahasa Arab: معركة مؤتة , غزوة مؤتة) berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera.

Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.

Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Ja’afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja’afar sekiranya Ja’afar terkorban.

Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.

Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.

Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.

Selepas ini, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Sekian Wallahu’alam….

p/s: Tentang bilangan tentera Islam dan Rom ada khilaf,ada yang mengatakan tentera rom seramai 100 ribu dan pendapat yang kuat mengatakan 200 ribu (petikan seorang ustaz duktur ahmad/qisim adab dan sastera disalah sebuah university di Jordan)
Moga menjadi pembakar semangat buat kita belajar.

[ cOpy+paste ]

Kisah Pakcik Jual Laksa Beras

Bismillah...

Sedang keboringan tiba2 aku terjumpa kisah ini di facebook ustazah aku. Kisah Pakcik Jual Laksa Beras. Tengok tajuk je aku terus terbayang laksa kat malaysia nun.. aduhh!! Lapar rasenye.. Kat sini memang tak dapek la.. Kalau buat sendiri pun tak sama rasa macam kat malaysia..

Jadi aku pun copy+paste la.. saja nak kongsi bersama.. Kisahnya macam ni....

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras, pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “Pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawab, "Duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya menggilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba di mana-mana kampung, menjelang waktu solat sama ada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana-mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah. Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat. Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, di sini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar."

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal mengelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.
Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya untuk kebaikan diri kita sendiri.


[ copy+paste ]

Lihatlah.. walaupun bukan orang yang berada, pakcik ini tetap berusaha untuk mampu ke Tanah Suci.. Allahu.. Dapat melakukan ibadah korban setiap tahun lagi..

Usaha..!! ya.. semua itu perlu usaha. Tanpa usaha tidak kemana. Permudahkan urusanku Ya Allah.. ameen.