Bismillah...
Kisahnya blog tak boleh nak sign in, entah kenapa. Tiba-tiba email tak diterima. Akhirnya baru tahu kena guna gmail adik sebab blog dah tetiba save gmail adik as email for this blog. Nak tukar tak reti. Bantai jela..
So sebabkan tu aku tak boleh nak update blog ni. Rupanya dah hampi setahun dia ditinggalkan berhabuk dan bersawang.. *fuuuhhh...fuuuhhh... tiup habuk*
Tak sempat nak update kisah bila dah sampai malaysia. Kisah Dubai, Kisah berhijrah ke Kuala Lumpur. Kisah pengalaman bekerja di gerai nasi kukus dan sebagainya..
Banyak kisah.. suka dan yang pastinya duka.. Setiap kebahagiaan pastinya punya kesedihan. Mana mungkin hidup ini indah sentiasa. Mana mungkin langit cerah sentiasa. Pastinya akan datang mendung menutup cerahnya langit, bertukar menjadi titisan-titisan hujan. Dan di akhirnya muncul si pelangi indah mewarnai indahnya hidup kita.
Jika tiada pahitnya ujian bagaimana mahu merasakan manisnya hidup ini. Jika tiada kesusahan bagaimana mahu merasakan erti kesyukuran. Hebatnya kuasa Allah.. Menciptakan segalanya dari sekecil-kecil kuman sehingga sebesar-besarnya alam ini. Menciptakan kesusahan dan kesenangan, kebahagiaan dan kedukaan, segalanya punya hikmah tersendiri.
Dan kita sebagai hamba, perlu bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.
Okey, banyak pulak celoteh malam ni.
Selamat Tahun Baru ~ sebelum terlalu lewat.
No comments:
Post a Comment