Aku adalah aku..
Aku bukan seorang yang hebat..
Aku bukan seorang yang pandai menulis, apatah lagi petah berkata-kata..
Aku bukan dalam golongan orang yang bijak pandai..
Aku hanya seorang insan yang lemah..
Yang mudah lalai dan leka..
Banyak kelemahan aku di situ..
Aku bukan insan sempurna..
Terkadang mungkin dengan cara aku, gaya aku, percakapan aku membuat orang terasa hati dengan aku
tanpa aku sedar..
Aku bukan insan sempurna..
Terkadang mungkin dengan cara aku, gaya aku, percakapan aku membuat orang terasa hati dengan aku
tanpa aku sedar..
Namun, ini bukan bereti DIA akan tinggalkan aku..
Malah DIA sentiasa di sisi aku..
Di saat aku lemah tak berdaya, DIA sentiasa ada untuk aku berpaut..
Di saat aku bersedih dan kecewa, DIA sentiasa ada untuk menenangkan aku..
DIA beri aku peluang untuk membaiki kelemahan diri..
Dia sangat sayang aku..
Diberinya aku ujian, ujian hati.. DIA tahu hati aku sangat lemah, sangat mudah tersentuh tapi DIA tahu segala ujian yang diberi padaku, aku boleh tabah menempuhinya. DIA tahu aku boleh tabah.
Walaupun terkadang aku rasa aku boleh tabah, namun terkadang perasaan lemah itu muncul jua..
Aku tahu, saat aku berasa sangat tertekan, DIA mahu aku tahu, DIA sentiasa ada untuk aku, Dia rindukan rintihan tangisanku.. DIA sangat suka aku meminta kepadaNya..
Jauh di benak hatiku.... mampukah aku menghadapi segala ujian ini.. ianya sangat berat untuk aku tanggung.. Aku tahu, ujian adalah hadiah.. Hadiah dari DIA.. Supaya aku semakin dekat kepadaNya..
Aku akan perbaiki kelemahan diri, supaya aku menjadi yang terbaik. Aku akan berusaha bersungguh-sungguh mencapai impian dan memenuhi harapan ibu dan ayahku.
Biarlah hina di mata manusia, tetapi jangan hina di pandangan Allah.
Biarlah hilang cinta manusia tetapi jangan hilang cinta Allah.
Bersabarlah duhai hati, andai ini ujian untukku, tanda kasih sayang DIA, aku terima..
No comments:
Post a Comment