Sunday, December 15, 2013

Si Putih SALJI

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas di bumi Allah ini. Suhu sekarang sangat sejuk 6 darjah celcius.. Dari pagi tadi 1,2,3 dan seterusnya 6 darjah celcius. Syukur hari ini matahari mula menonjolkan diri. Nak menaip pun susah dek jari yang bengkak. Apatah lagi menulis. Memang cantik sangat tulisan jadinya.

S.A.L.J.I
Salah satu rahmat Allah dan menjadi rezeki aku untuk kali kedua merasainya. Bermula 11.12.2013 jam 9.30 malam. Si Putih turun perlahan-lahan menutupi bumi mu'tah. Pada awalnya aku menjangka si putih akan turun awal januari (mengikut tahun lepas dan sebelumnya) dan aku rasa akhir musim luruh juga belum tamat. Hari yang panas kemudian dua tiga empat hari hujan dan mendung kemudian ribut dan salji. Pelik rasa tetapi itulah kuasa Allah. Allahu Akbar. Patutlah sebelum salji tu mulut terus menerus keluar asap hingga saat ini, tengah menaip ni pun bernafas keluar asap. Bercakap, bernafas tetap keluar asap. Dulu tak gini pun.

Musim salji musim yang menggabungkan perasaan dan kekuatan dalam diri. Seronok nak main salji tapi perit dengan keadaan tangan yang bengkak, air tak turun dari tangki kerana air di laluan paip membeku, perlu kuat untuk membaca buku dan sebagainya. Nak pegang air sangat seksa. Masa seharian banyak dihabiskan di atas katil dengan cadar elektrik. Perlu bersedia untuk menghadapi musim ini. Gas mesti mencukupi, Air minum kena refill siap2, lilin kena ada kerana musim ini menjadi musim black out.

Jika dulu aku dapat merasai musim sejuk itu lama sebelum turunnya salji. Merasa hari hujan. Merasa hujan frost beberapa kali. Tetapi kali ini tidak. Allah Maha Kuasa menjadikan sesuatu. Ketika malam itu, malam dijangka salji, sedang aku mengobek facebook tiba-tiba terpandang status "Alhamdulillah. Dah salji" aku pun dengan semangat berkobar2 berlari mendapatkan pintu dan aku buka.....

"Subhanallah... Salji!! yeayyy!!! nak amik gamba..nak amik gamba"

[ 11.12.13-9.30mlm ]

Nampak tak ke'excited'an tu dan keterujaan tu. Biarlah dah tahun dua pun tapi still teruja.

Kemudian penuh la wall di FB masing2 duk update tentang salji. Bukan junior je excited tapi senior lebih2 lagi teruja. Aku pun salah seorangnya. Tak sabar nak main salji esok paginya.

Tahun lepas, lepas subuh terus siap2 nak main salji tapi tahun ni tak pulak. kikiki. Lambat sikit baru la keluar main. Tapi sempat snap beberapa gambar pagi tu.

[ 12.12.13-7.30pagi ]

Salji membanjiri kawasan rumah. Sejuk. Waktu ni salji sedang turun. Lebih lembut dan gebu dari tahun lepas. Kira2 jam 11 pagi, baru la kami ahli bayt keluar main. Tampal salji kat dinding, buat nama dan buat orang salji. Seronok sangat. Main masa salji tengah turun. Satu pengalaman baru.

[ snowmen n me ]

Waktu makan kena cepat, habis2 masak kena terus makan. Kalau tak sejuk dah lauk. Baru letak sekejap dah sejuk. Selepas hidang tu nasi dan lauk panas2, asapnya memang beria la. Kalau orang tengok macam panas sangat, tapi hakikatnya tak panas pun. Macam suam2 kuku gitu, tak perlu nak tiup2 bagai.hehehe.

Tadi masa mula2 tulis entry ni sambil makan bubur kacang. Housemate buat. Sedap. Teringat bubur kacang mak.. wuwuwu... Haa.. nak tengok tak gambar bubur tu sekali ngan asap2 aku bagi. Nah!!

[ Bubur Kacang ]

Mohon jangan tertipu dengan asap yang kononnya bubur tu panas. Padahal tak panas pun. Asap je beria!!

Hari ini hari yang keempat dan aku tak keluar bermain. Hari ini juga matahari munculkan diri. Ohh.. Sayu hati salji bakal berlalu pergi. Jika salji ada seronok dan perit. Walaupun sakit dan pedih nak jugak salji. Teringin bermain salji bersama mereka yang tersayang.


Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikan tompok-tompok,lalu engkau melihat hujan keluar di celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) AIS dari langit, yaitu dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakanNya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan.

Surah AnNuur (24:43)


P/s : Jom melancong musim winter :)






Wednesday, December 4, 2013

semangat itu......

Bismillah....

Lama sangat rasanya tak update blog..
Alhamdulillah kali ni saya berkesempatan untuk update..

Tadi baru je lepas imtihan thani madah talak. Soalan doktor bagi alhamdulillah boleh jawab. Semoga Doktor dapat terima jawapan yang diberikan. Ameeen...

Semalam call mak..

Saya : mak.. esok along exam.
Mak : exam subjek ape?
Saya : exam subjek talak.
Mak : ooo.. senang je talak tu.
Saya : mak..... banyak nak kena hafal. Susah.. huhuhu... talak tu pun dah jadi satu subjek.
Mak : haha..yela.. buat la elok2. Bolehnye. Dah nama pun belajar sampai jauh kat sana.
Saya : yela.. mak doakan along.
Mak : ye.. mak sentiasa doakan.

Bila sebut talak.. belajar talak.. biasanya orang akan rasa senang. Tapi hakikatnya begitu banyak pecahan2 nya.. ada pendapat2 ulama'. Apa kata syafi'iyyah.. apa kata hanafiah.. yang mana qaul rajih. Belum masuk bagaimana dengan suami yang marah ketika talak. Ketika mabuk. Dan sebagainya. Boleh ke suami wakilkan orang lain untuk talak isterinya.. serahkan urusan isteri kepada orang.. ohhh..pelbagai soalan..

Kemungkinan itulah yang akan ditanya bila saya akan pulang ke Malaysia nanti.. sangat risau jika tidak dapat hadam apa yang dipelajari. Allahu yusahhil..

Tajdid niat itu perlu!! Terkadang saya leka dengan kerja lain sehingga lupa apa hadaf utama saya datang ke mari.

Sebelum ini puas muhasabah diri. Tapi sekejap je semangatnya.. kali ini, in shaa Allah.. Semoga kali ini semangat ini semakin membara dan terus membakar hingga ke akhirnya.

# Patutlah talak saje jadi satu buku. Bukan satu tajuk dalam buku.. :) #

Thursday, July 4, 2013

Mesir Ohh Mesir


Sedang aku belek facebOok aku, ramai yang update dan share status tentang pergolakkan di Mesir.
Allah.. Selamatkan dan Menangkan Islam Ya Rabbi..


Mesir : Bila Sekular Tergugat

Mesir dicemburui oleh musuh-musuhnya bukan kerana Ahram atau Sungai Nil, tidak juga kerana
kehebatan binaan Piramid atau keindahan puncak Tursina. Mesir dicemburui kerana al-Azhar. Di
sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia. Lahirnya di situ bukan seorang dua
ulama bahkan ribuan kalaupun bukan jutaan murabbi ummah yang bertebaran ke seluruh dunia.
Bangunnya al-Azhar kerana sumber wakaf tanpa bantuan dari dana kerajaan cukup menggelisahkan
musuh-musuh Islam. Justeru, kehebatan ini wajib dihancurkan.

Hari ini, Mesir berdepan dengan satu lagi krisis ciptaan golongan sekular yang enggan mengaku
kalah di gelanggang demokrasi. Demokrasi ialah ciptaan Barat, ia bukan ciptaan Islam, tetapi nilai-
nilai demokrasi diterima dan diiktiraf sebahagiannya oleh Islam. Sayangnya, apabila tiba
saat rakyat membuat pilihan menolak pemimpin yang pro-Barat, pada masa itulah demokrasi dinafikan
dan sekular akan mengeluarkan pedangnya yang sebenar untuk memancung demokrasi.

Di Mesir, Mursi menang melalui pilihanraya yang bersih. Tanpa penipuan dakwat kekal, tanpa
blackout dan tanpa senarai pengundi yang diragui, Mursi ditabalkan menjadi Presiden sekalipun
disambut sinis oleh Israel yang bimbang pengaruhnya terhakis. Namun, kerana sekular
menjarah begitu lama di bumi ambiya’ ini, bukan satu kerja yang senang untuk membebaskan Mesir
dan belenggu sekular. Inilah masalah sebenar Mursi, iaitu membebaskan Mesir dari perhambaan
sekular yang sudah berdekad-dekad memenjara rakyat Mesir.

Ini bukan sejarah baru di Mesir, bahkan ia telah berlaku ribuan tahun yang lampau pada saat Nabi
Musa alaihissalam mahu membebaskan Bani Israel dari kezaliman Firaun. Mereka dibantu oleh
mukjizat yang tidak kecil daripada Allah SWT. Baca sahaja di dalam al-Quran, kita akan dapati
peristiwa laut terbelah, tongkat yang menjadi ular, batu mengeluarkan air, turunnya makanan dan
minuman dari langit dan banyak lagi peristiwa besar yang berlaku sepanjang dakwah Nabi Musa
alaihissalam. Namun, al-Quran merakamkan perangai Bani Israel yang seringkali enggan untuk
berubah. Degil dan keras kepala ialah lambang Bani Israel yang digambarkan di dalam al-Quran.
Warisan sikap Bani Israel wujud di Mesir sekarang.

Sekalipun sebahagian besar rakyat Mesir kelihatan menyokong Mursi, namun anak cucu Bani Israel yang
mewarisi perangai datuk nenek mereka tetap melakukan kekacauan di bumi Ambiya. Inilah
natijahnya apabila sekular dijadikan kiblat, bila demokrasi yang bersih menghadiahkan trofi kemenangan kepada musuh politik mereka, mereka tidak akan berdiam diri. Ini juga yang berlaku di
Turki dan Gaza.

Di Malaysia, saudara mara sekular juga nampak berminat mengikut langkah yang sama. Kekalahan di
dalam pilihanraya membawa kepada dasar penindasan dan penafian hak. Ditubuhkan kerajaan
di dalam kerajaan, dinafikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan dinafikan hak ke
atas hasil mahsul bumi merupakan buah-buah yang lahir dari pohon-pohon sekular yang tidak kenal
sempadan dosa dan pahala.

Untuk Mesir ini, kita sama-sama menadah tangan supaya pemimpin yang bersendikan Islam sebagai
akidah perjuangan diberikan kekuatan oleh Allah SWT. Gunakanlah peluang di bulan Ramadhan untuk
merayu dan merintih kepada Allah SWT. Dialah Pemilik kepada segala kerajaan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

#CopyPaste#

Marilah bersama2 kita mendoakan kemenangan Islam. 
Hasbunallahi wani'mal wakil, ni'mal maulahi wanni'mannasir.

Wednesday, June 26, 2013

Ukhwah semanis coklat

Ukhwah......
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Aduhh... Pedih, sakit, dan sedih.
Bila mengenangkan hanya tinggal lagi sebulan aku bersama2 mereka di Bumi Anbiya' ini.
Biarlah aku sedih dan menangis sekalipun, masa tetap akan berlalu dan bergerak pantas.
Tiada yang akan berubah.

Selepas ini, aku akan pulang ke tanah air untuk bercuti. Mungkin aku akan bertemu mereka di Malaysia? Mungkin ya. Mungkin tidak.

Kemudian apabila aku pulang semula ke Jordan, mereka sudah tiada di sini. Mereka sudah pulang untuk berjuang pula di tanah air tercinta.
Aku??
Aku harus meneruskan perjuangan aku yang masih berbaki.
Tanpa mereka. Tetapi bersama sahabat2 yang berada di sisi.

Mereka melakar sejarah, mengukir kenangan manis.
Dari kolej kita sentiasa bersama. Sehingga ke Mu'tah.
Bermacam kenangan yang kita cipta.
Walaupun kita pernah berpisah selama setahun, tetapi ukhwah kita tetap utuh.

Mungkin selepas pulang nanti, kita akan jarang bertemu dan berukhwah seperti hari ini.
Masing2 sudah punya komitmen dan tanggungjawab.
Semoga Allah mempertemukan kita lagi.

:: Ukhwah semanis coklat ::




Aku dan sahabat2 di Mu'tah, akan sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama. Pulanglah dengan kejayaan dan persediaan yang cukup, sesungguhnya masyarakat sedang menunggu kita.

Sahabat..
 Kuatkan aku untuk terus berada di sini. 
Bersama2 mengutip ilmu2 yang bermanfaat.
Kutiplah sebanyak mungkin. 
Mengukir sejarah dan kenangan manis.
Menjadi memori indah kita bersama.
Sebelum kita pula pulang dan meneruskan perjuangan di tanah air.
Sesungguhnya perjuangan itu bukannya mudah.






JaBaL IraQ witH BbQ

Assalamualaikum..

Selamat tinggal Musim Bunga.. Selamat datang Musim Panas [ sOifi ]..
Soifi menjelma menandakan semester baru bermula. 

Walaupun baru bermula soifi tetapi udara masih lagi [pada waktu ke Jabal Iraq] suam2 kuku. Takde la panas sangat. Masa tu 1 Jun, tapi hari ini 26 Jun, dah panas dah.
Subuh sekarang area 3.45, 3.50 pagi.. Bayangkan.. kalau pukul 4.30 pagi tu dah start siang dah. Matahari pun dah tak sabar2 nak keluar.. Maghrib pulak hampir pukul 8 malam..

Pertama kali merasai musim panas.
Ohh.. Siang yang pendek.


 Jabal Iraq juga merupakan sebahagian kawasan yang telah dibalikkan oleh Allah kerana kemurkaanNya pada kaum Nabi Lut. Kerana mengamalkan budaya songsang yakni homeseksual. Dari atas jabal ini kita boleh nampak kawasan garam laut mati.

Ini kali kedua aku ke Jabal Iraq. Sebelum ni pernah pergi sekali je dengan ahli TDI atau kami panggil usrah.
Usrah macam kat sekolah dulu, ada pengisian ilmiah dan macam2 lagi.

Kali ini aku dengan kawang2 berBBQ. Lama dah tak merasa BBQ. Paling last masa jaulah ke Laut Mati dengan Kisdarian.
Tak lama la sangat! ahhaha..padahal masa fasal awal tak silap.

Tengok sunset kat Jabal Iraq memberi aku pengalaman baru. Sebelum ini, aku tak pernah duduk. tengok matahari tu terbenam perlahan2 dari hari cerah hingga gelap. Kalau ade pun sekejap2 dan kadang2 dalam musafir.

 Subhanallah.
Cantik sangat..!! Ciptaan yang sangat sempurna.

 " Ya Rahman..
 Kaulah yang Maha Kuasa. Pencipta dunia yg tersergam indah.
Bukti adaMu wujudnya semesta. Geraknya tersusun tiada tercela. "

Kami berjemaah maghrib dan isya' di atas Jabal Iraq, bertemankan udara yang bertiup damai. Tenang. Terfikir mesti zaman nabi dahulu dan zaman sahabat biasa solat dan merasa ketenangan begini. Berdoa di bawah langit yang luas. Allah2. Terasa dekat dengan Allah..

" PadaMu insan menyerah mohon rahmat kasihMu "

Mengisi malam itu dengan usrah kecil yang terbina tanpa dirancang. Kisah bulan muharram, penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Mendengar tazkirah sambil menikmati pemandangan malam. Bintang2 bertaburan menghiasi langit yang luas. Tidak terkira banyaknya. Hebat Penciptanya. Aku suka tengok, menghayati dan duduk bawah langit yang luas bersama beribu2, berjuta2 bintang. Sehingga aku berimpian nak buat rumah yang ada satu kawasan lapang atas rumah. kat arab ni macam sutuh la.. atau orang panggil rooftop. hehehe

In shaa Allah, jika diizinkan. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.
Jabal Iraq, nanti kita jumpa lagi.


Tuesday, June 4, 2013

Sultan Al-Fateh....

BISMILLAH.........


Hari ini saya nak kongsi kisah SULTAN AL-FATEH sambungan dari yang sebelum ini. =)



HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE 

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Akhirnya, hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut. 


PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. 



PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE 

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.

Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. 

Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam. 

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE 

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantine meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh. 

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan Dari Pope Vatican Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah.Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantine.

Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 70 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. 

Pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah s.a.w dan bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t. 

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantine menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari. Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. 

Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. 

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Istanbul (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya itu.

Monday, May 6, 2013

PRU13 or The Darknest Day?


Bismillah...

Hari ini 05052013, Malaysia melakar sejarah PRU13 yang paling sengit saya kira.

Mungkin bagi penduduk kampung yang tidak mempunyai internet, hanya menghadap media TV sahaja tidak tahu, kerana mereka hanya dipertontonkan dengan kemenangan BN sahaja.

Sedangkan kami yang jauh, hanya boleh menanti jawapan dengan search kat internet sahaja.. terima kasih en. internet.. sekurang2nya kami tidak tertipu dengan media television yang berat sebelah..

Cukuplah!
Permainan yang dimainkan BN..
Andai ahli2 BN masih tidak nampak, saya tidak tahulah..

# Dakwat yang 'sangat' kekal, lepas ngundi-balik rumah-basuh dengan sabun-hilang!!

#PR menang-peti undi hilang-peti undi dilarikan-blackout-kira semula-BN menang#

#Warganegara baru [bangla] - tak lama lagi jadi Banglanesia la pulak... -_-'

#Yang hairannye blackout di kawasan yang dimenangi oleh PR sahaja.. pelik2..

sudah la.......  

Hmm.. Biarlah mereka.. Terlepas di dunia, nanti jawablah di akhirat.. Semua ini telah ditentukan oleh Allah. Allah lebih tahu mana yang terbaik. Mungkin kita belum bersedia untuk menang. Semuanya ada hikmahnya. Kita bukan kalah tetapi kita belum menang.

Apa yang penting, teruskan usaha, teruskan menambah ilmu di dada, teruskan berdoa. In shaa Allah.. Kebenaran akan muncul suatu hari nanti =)

p/s : nanti nak pasang internet kat kampung la. 



Tuesday, April 23, 2013

~ sultan Al-Fateh [video] ~

Bismillah..... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Salam sesejuk dan sedingin musim bunga yang sejuknya ibarat musim syita'. Di tengah kesibukkan mengulangkaji, sempat lagi tangan menaip entry kali ini. Bukan taip sangat la.. just nak kongsi sikit.

Tak pernah lagi post entry berkenaan kisah-kisah Islamik, sebelum ini hanya berniat sahaja tetapi kali ni alhamdulillah, diberi kesempatan. Melihat kepada keadaan zaman sekarang, kurangnya kesedaran atau kurangnya ilmu pengetahuan mengenai kisah-kisah Nabi atau sejarah-sejarah Islam (saya le tu -_-'), maka saya merasa terpanggil untuk berkongsi sedikit apa yang saya tahu.

Semoga dengan kisah Sultan Al-Fateh ini sebagai pembuka kepada kisah-kisah Islamik dan pengalaman di bumi anbiya' ini. Semoga perjuangan  dan pengalaman hidup di bumi Urdun ini memberi manfaat kepada semua orang. Sekadar berkongsi maklumat...



Hari ini video, esok-esok saya post artikel Sultan Al-Fateh pulak ye (^_^)

p/s : mencuba ayat2 skema... =p

Tuesday, April 2, 2013

Aku adalah aku

Aku adalah aku..

Aku bukan seorang yang hebat..

Aku bukan seorang yang pandai menulis, apatah lagi petah berkata-kata..

Aku bukan dalam golongan orang yang bijak pandai..

Aku hanya seorang insan yang lemah..

Yang mudah lalai dan leka..

Banyak kelemahan aku di situ..

Aku bukan insan sempurna..

Terkadang mungkin dengan cara aku, gaya aku, percakapan aku membuat orang terasa hati dengan aku
tanpa aku sedar..

Namun, ini bukan bereti DIA akan tinggalkan aku..

Malah DIA sentiasa di sisi aku.. 

Di saat aku lemah tak berdaya, DIA sentiasa ada untuk aku berpaut..

Di saat aku bersedih dan kecewa, DIA sentiasa ada untuk menenangkan aku..

DIA beri aku peluang untuk membaiki kelemahan diri..

Dia sangat sayang aku..

Diberinya aku ujian, ujian hati.. DIA tahu hati aku sangat lemah, sangat mudah tersentuh tapi DIA tahu segala  ujian yang diberi padaku, aku boleh tabah menempuhinya. DIA tahu aku boleh tabah.

Walaupun terkadang aku rasa aku boleh tabah, namun terkadang perasaan lemah itu muncul jua..
Aku tahu, saat aku berasa sangat tertekan, DIA mahu aku tahu, DIA sentiasa ada untuk aku, Dia rindukan rintihan tangisanku.. DIA sangat suka aku meminta kepadaNya..

Jauh di benak hatiku.... mampukah aku menghadapi segala ujian ini.. ianya sangat berat untuk aku tanggung.. Aku tahu, ujian adalah hadiah.. Hadiah dari DIA.. Supaya aku semakin dekat kepadaNya..

Aku akan perbaiki kelemahan diri, supaya aku menjadi yang terbaik. Aku akan berusaha bersungguh-sungguh mencapai impian dan memenuhi harapan ibu dan ayahku.

Biarlah hina di mata manusia, tetapi jangan hina di pandangan Allah.
Biarlah hilang cinta manusia tetapi jangan  hilang cinta Allah.

Bersabarlah duhai hati, andai ini ujian untukku, tanda kasih sayang DIA, aku terima..


Tuesday, March 26, 2013

zircon......................


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

~ segenggam tabah dipertahankan..buat bekalan diperjalanan.. kau...x.x.x...[tersekat2]

" eh,dia buat dah..dia buat dah.. kenapa dengan laptop ni, tetibe je terpadam seniri.. hmm... update someting kot.." pantas jari menekan button on.. hidupkan semula laptop...

# laptop terpasang semula... 

# masuk pasword.... *****************

ok.. tunggu hingga keluar semua benda alah neh........ aik.... terpadam semula..??  -_-''

seminit.... dua minit... 5 minit.. aihh.. dia hang la pulak.. hmmm.. tutup la.. tido.. dah lewat.. zzzzzzzzzzz

keesokannya.........

on laptop macam biasa...... " aik... asal lak ni...???!!

http://www.emocutez.com
lampu semua ada tapi,,,,,,,,,,,, apsal screen gelap.. lampu caps lock pon dok klip2 ni..kenape..?? off balik laptop.....on balik.... sama je... kenape niii..... zircon!! ='(
http://www.emocutez.com

Banyak persoalan yang bermain di fikiran....... effect dari ape ni..??

# jatuh baru2 ni ke.. tapi jatuh tu agak pelan la kot.. laptop pun berbalut dengan sarung dia, jatuh pun ade buku dibawahnya.. tapi kuat sangat ke..?? rasa jatuh pelan2.. hmmm... tapi dua tiga hari lepas tu on ok je tak de masalah....

# pernah tertumpah air coklat ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.. [dalam beg].. tapi ni kisah dah lama sangat... bertahun dah.. takkan baru sekarang effect dia..??

Zircon....
Hantar repair, orang tu kata awak dah tak boleh.. sedih sangat dengar.. mungkin ade shot kat dalam, sebab basah, ada air.. dah cuci pun still tak boleh, screen tak boleh gak nak on.. kita cuba kat orang lain pulak ye.. kesian zircon... zircon tak sihat... sedeh sangat2 ='( ...

Zircon [nama laptop] sudah sangat lama awak berkhidmat dengan saya.. sudah 4 tahun awak bersama saya.. sudah sangat lama awak bertahan.. terkena air coklat la..ape la.. tapi awak tetap bertahan.. sangat setia kepada saya.. maafkan saya zircon, saya selalu buat awak sedih.. saya marah2 awak.. maafkan saya.. saya akan cuba cari doktor yang baik untuk awak ye.. ='(

Terima kasih zircon jadi sahabat saya selama ni.... saya sangat2 menghargai awak..!!

http://www.emocutez.com
[ Masih berharap zircon sembuh ='( ]

Friday, March 8, 2013

road to prk & agm..

Bismillah......

Mata sebenarnya mula start mengantuk ni.. maklumlah sekarang jam sudah menunjukkan pukul 12.46am.. memang dah sangat lewat ni.. tetapi kepala masih ligat mencari idea untuk design tentatif AGM.. rasanya if letak kepala ni mesti dah terlelap.. aduh.. sangat penat ni..
http://www.emocutez.com

Esok kami kat sini ada pilihanraya, bukan kat Malaysia je nak pilihanraya..sini pun ada.. lebih kurang sama.. sekarang semua orang duk sibuk berkempen calon pilihan masing2.. tapi apa yang membezakan, kat sini kami, kami takde la berkempen macam kat Malaysia. Poster tampal sana sini, bendera dan sebagainya.. kerana kami hanyalah pilihanraya kampus sahaja.. kempen pakai hujung jari, guna apalagi, akaun facebook la.. sabtu ni pulak, AGM.. bagaimanalah keadaan tu nanti..

Bermacam2 ragam orang yang aku tengok.. macam2 reaksi.. cuba mempertahankan calon masing2.. Semoga dengan pilihanraya kampus ini dapat mengajar kami menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.. Belajar berkempen, berpilihanraya, mengundi.. supaya nanti apabila pulang, kami tidak mudah melatah.. [amboi..ayat!!]

Selamat mengundi.. selamat ber'AGM'.. selamat2 juga.. 4 paper next week...abis la aku..!!
http://www.emocutez.com

cukuplah sekadar ini dahulu... selamat pagi orang Malaysia.. bangun subuh.. jangan dubai2 sangat ye =p

p/s : sebenarnya tak tau nak tulis apa,, tapi nak update jugak..wuwuwu

Sunday, March 3, 2013

belajar sesuatu yg baru..

Bismillah.......

Alhamdulillah.. malam yang agak serabut ni, dapat ditenangkan dengan satu miscall dari Malaysia tadi.. hehehe.. apalagi tangan cepat2 mendail no kad wena'.. kad ni memang untuk kegunaan call ke Malaysia.. call pakai ni murah sikit, if nak banding dari Malaysia nak call Jordan.. JD2 untuk 50 minit.. hihihi.. Dah lama tak dengar suara itu....... walaupun dapat cakap sekejap, gara-gara kad wena' habis, tapi dapat jugak menghilangkan perasaan resah tu..

Lama aku tak update blog ni, habis bersawang penuh dengan anak beranak encik labah-labah.. habis semua aku halau.. macam takde tempat lain je nak bersarang.. hmm... salah aku jugak..huhuhu..sape suruh tak update blog..haha

Sejak akhir-akhir ni aku agak sibuk dengan design, memang sangat serabut.. penat mata aku menghadap laptop je.. penat otak mencari idea-idea baru.. design... design... design.. untuk AGM persatuan mahasiswa dekat sini.. Dah aku di bahagian publisiti, memang inilah kerjanya.. Baru aku merasakan kesusahan dalam design mendesign ni.. hahaha... dan yang paling merisaukan, semua pelajar akan melihat hasil design ini. Jadi aku harus lakukan yang terbaik.

Tapi inilah peluang aku, aku minat dalam bahagian ini, dan memang inilah takdirNya.. Allah tidak akan merencanakan sesuatu dengan sia-sia, betul? ya.. memang aku dapat belajar banyak perkara. macam mana nak edit gambar, macam mana nak guna adobe photoshop. Alhamdulillah, aku dapat belajar semua tu.. walaupun masih diperingkat awal, tapi bila sesuatu tu kita dah berjaya buat, kita akan berasa sangat seronok.. betul? mesti korang pun macam tu kan.. =)

Nak tahu, satu benda yang buat aku seronok, bila first time aku buat doodle..ini first time aku guna adobe photoshop. aku belajar tengok video kat internet. Masa aku buat tu, tengah malam, memang jadi tak mengantuk bila mana kartun doodle tu mula menjadi. Mula-mula sangat rumit sebab aku menggunakan adobe photoshop CS4, sedangkan video tu guna CS3, memang habis la aku menjelajah, budak baru belajarkan.. 'tak kenal maka tak cinta'... Dan akhirnya, inilah hasilnya.. =)

[ sangat comelkan ]

Hihihi..mata sekarang sangat mengantuk.. dan esok kelas start pukul 8.00 pagi.. harap esok dapat jalan kaki ke jamiah.. jimat sikit dari naik coaster.. selamat malam semua =)