Tik.....tik....tik....
Bunyi detikan jam kuat kedengaran..
Kawan-kawan semua sudah lena.. aku? sibuk berfacebook.. haaa.. itu pun sebab nak tengok if ada notification orang yang nak beli barang-barang aku. Takkan semua nak angkut balik kot.. hihihi..
Tinggal beberapa hari je lagi. Macam tak percaya je. Pejam celik pejam celik dah nak balik dah. Apa rasa? huuu... Macam-macam rasa.
Selepas ini bermulalah episod baru. Alam pekerjaan. Dulu pernah dah keje. Ada la juga pengalaman tu. Tapi selepas ni aku akan terus bekerja untuk masa depan diri dan keluarga.
Tak sambung dah?
Ada rezaki aku akan sambung tapi yang lebih aula sekarang adalah kerja. Kerana aku anak sulung. Masih punya adik yang masih bersekolah. Punya tanggungjawab untuk keluarga.
Kahwin?
Ehem..ehem..ehem.. Malu laa.. *blushing*
Andai dah tiba masanya, masakan mahu menolaknya..hihihi :p
Kalau dah kahwin, still kerja atau macammana?
Ikut en. suami lah. Andai diberi keizinan untuk bekerja, teruskanlah.
Andai katanya duduk di rumah, rumah lah. *lagipun, jika sudah ada anak, aku nak jaga sendiri, tak nak hantar pada pengasuh.*
If en. suami tak bagi kerja, nak minta izin kerja dari rumah je. Contoh : Menjahit, Meniaga kecil-kecilan seperti kek dan biskut, atau menjadi designer. Buat la sesuatu atleast ada la income sikit-sikit. Boleh bantu mak dan abah dan adik-adik.
Hahahahaha... akibat mata masih tidak mengantuk dan memikirkan sudah mahu pulang ke Malaysia. Pelbagai azam, matlamat dan pelan hidup diatur.
Sebelum ni bila cerita dengan kawan tentang rancangan masa depan, mereka tersenyum. "hahaha.. syaA ni macam-macam pelan dia, macam dah bersedia je. Pelan macam-macam. Masa kerja la, kahwin la, dah ada anak la, kerja tu la, keje ni la.. "hahaha
Berangan.
Tapi bukan angan-angan kosong. Itu rancangan masa hadapan. atleast aku dah fikir..kekeke..
Bersediakah aku?
Hanya Allah yang tahu.
Kita merancang, Dia juga merancang. Tetapi rancangan Dia yang terbaik. Keep calm and trust in Allah :')
Tuesday, February 10, 2015
Sunday, January 18, 2015
*sweet 25*
Bismillah..
17.01.2015.
Sanah Helwah abg botak..hehehe.. Yang ke 25 tahun.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Memperolehi kejayaan di dalam setiap perkara yang dirancang...
Yeayy!!
*Boom boom* bunyi mercun selamat hari lahir.. Di hadapan ada kek homemade berwarna warni. Suasana majlis harijadi yang meriah. Deretan pelbagai jenis makanan dan minuman. Meja hadiah and so on. Oke tu berangan.. huhuhu
Btw, hope hepi and ceria selalu. Maaf tak dapat nak sambut sama-sama. Maaf sebab jauh. Maaf takde hadiah. just video pendek yang mampu. :')
Nak hadiah jugak? tunggulah balik malaysia nanti. Lagi sebulan je. :)
Sehari sunyi...
Apa kata hati?
Sabar.
Sabarkan itu indah.
Baiklah. Allah lebih tahu.
Air mata mengalir laju. T_T
#12.47am#Jordan#6.47#Malaysia#
Subscribe to:
Posts (Atom)