Friday, September 28, 2012

selangkah ke bumi urdun =')

Assalamualaikum..
selamat pagi semua :)
http://www.emocutez.com

bagaimana kesihatan anda pada hari ini? semoga semuanya sihat2 belaka.. aku? aku tak berape nak sehat lah.. batuk.. batuk.. batuk.. huuu
http://www.emocutez.com
ujian kan.. Allah nak beri.. terima jela.. ade hikmah disebaliknya tu.. :)

Sedar tak sedar sudah seminggu lebih 13 hari aku berada di bumi urdun ini.. Alhamdulillah.. Segalanya tidak disangka-sangka.. Rezeki dapat sambung belajar di bumi jordan ini..
Jadi, aku mesti..wajib menggunakan peluang ini sebaik2 mungkin.. Bukan semua orang berpeluang untuk menjejakkan kaki di sini, segalanya aturan Allah.. Dia yang berkuasa menentukan segala2nya..

Aku fly pada 16hb Sept 2012.. jam 3.3opagi.. so, sabtu malam aku dah kena pergi KLIA dah..
ramai juga saudara mara aku yang sanggup bersengkang mata menghantar aku ke lapangan terbang KLIA ni.. termasuk sepupu aku yang masih lagi baby.. 6 bulan xsilap.. hihihi.. cian dia =')
sampai tertido2 kat KLIA..

Mungkin kerana aku cucu sulung @ cucu pertama yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara jadi mereka nak sangat hantar aku dan memberi semangat pada aku.. aku harap aku dapat membalas jasa2 mereka..aku akan buat yang terbaik.. insyaAllah..

Perasaan masa di kLia tu tak tau nak gambarkan macam mana.. rasa sedeh nak tinggalkan semua.. bila tengok adik2 junior yang akan fly sama, sekeliling ade kawan2 yang datang hantar daripada kolej.. kawan2 aku tak dapat nak datang.. yang ada pun sorang, izzati mohd nor.. thanks.. mana yang tak dapat hantar hanya dapat kontek guna handphone.. orang yang aku harap sangat2 dapat hantar pun tak dapat datang.. sedeh sangat.. takpelah, ade kursus camna nak buatkan.. tapi syukur la dapat call.. terubat sikit rasa itu..

Selepas siap check in luggage, kami diberi sedikit taklimat.. Habis je taklimat, ustaz kata ada masa lagi 10 minit untuk jumpa family.. waktu tu jantung  dup dap dup dap je dah...
Ketika bersalaman dengan semua, aku cuba untuk tidak menangis.. tapi masa salam dengan mak, air mata mula bergenang..
tahan..tahan..tahan...
http://www.emocutez.com
aku pun bergerak ke escalator ke tingkat bawah..
saat itu hanya Allah sahaja yang tau.. saat kami berpisah dengan keluarga masing2..
sayu je hati ni.. sedeh sangat.. airmata pun dah tak tahan dah nak turun..
http://www.emocutez.com

Kami naik LRT ke tengah lapangan terbang.. LRT ke namanye? tah..aku pun tatau..huhuhu
sampai sana dalam 10 minit, kami dah kena naik flight.. sebenarnya kami yang lambat masuk ke balai pelepasan..huhuhu..kalo tak kene tunggu lama kot...
Dah duduk kat tempat masing2.. Flight pun da mula bergerak.. sedeh lagi..
tengok ke luar tingkap.. kat luar hujan.. sama2 turun dengan air mata..
"Ya Allah.. betul ke aku nak pergi ni.."

Ini kali pertama aku, pengalaman aku menaiki kapal terbang..
Macam2 perasaan ada...
Kami akan transit di Doha 6 jam.. Sampai di Doha, pukul 6 pagi waktu Doha.. tapi bukan 6pagi waktu macam malaysia.. 6pagi sana dah cerah.. terkejut kami dibuatnya.. waktu malaysia waktu tu dah pukul 11 pagi tak silap.. Group kami tak ada sape2 iring pun.. syukur dah ada yang berpengalaman, takda la kami kekok kat sana..nak kena buat apa..nak kena buat apa..

6jam di sana, penat jugalah tunggu.. tak tau nak buat apa.. dahaga, minum air water cooler.. lapar, syukur flight kami Qatar Airways ada perkhidmatan breakfast kat lapangan terbang Doha tu..
Pukul 12 lebih, kami pun bersiap untuk naik flight semula untuk ke Amman..
Kali ni kami naik flight yang kecil sedikit dari yang kami naik awal2 tu..

Sampai di Amman, pukul 3.30 waktu amman.. Kali pertama aku jejak kaki di bumi Jordan ini, aku betul2 tak percaya..
Melihat suasana Jordan, penuh dengan padang pasir.. susah la nak tengok pokok2 yang banyak.. ada pun sikit.. tak ada gunung2 yang menghijau.. yang ada cuma padang pasir yang terbentang luas...

Bermacam2 perasaan yang ada dalam kepala ni..
Rasa tidak percaya masih lagi bermain2 dalam diri.. "betul ke aku kat Jordan ni?"http://www.emocutez.com

wah!! seronoknya dah sampai jordan.. Sukur dah sampai..http://www.emocutez.com

mak!! abah!! nak balik http://www.emocutez.com


dan bermacam2 lagi..

Kami disambut oleh pihak SPB ( Sambutan Pelajar Baru  Mutah).. kami menaiki coaster ke Mu'tah..Perjalanan mengambil masa 1-2 jam..
semua kawan2 dah mula melelapkan mata.. semua dah penat berjalan jauh..
http://www.emocutez.com
aku cuba tak mahu tidur.. aku nak menghayati perjalanan dari amman ke mutah.. lepas snap beberapa pic.. aku pun da tak tahan.. tidOlah.. zzzzzzzzzzzz
http://www.emocutez.com
tak sedar apa langsung sebab terlalu penat.. aku sedar2 kawan kejut sebab da sampai.. memang rasa mamai sangat dah.. macam pening.. yela.. kami sampai mutah, pukul 6 lebih petang tak silap.
bayangkan...kat malaysia waktu tu dah pukul 11 malam... tapi kami ni masih belum jumpa malam..
badan penat...letih.. sampai2 ada taklimat pulak... adui..

tapi Alhamdulillah..kami sampai dengan selamat...
http://www.emocutez.com

p/s : cukup la dulu cerita ni.. dah panjang sangat...huhuhu