Monday, July 23, 2012

..teknik khatam Al-Quran dalam masa sebulan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ini saya masih diberi kesempatan Yang Maha Kuasa untuk menikmati nikmat udaranya..

Hari ni hari yang ketiga Ramadhan.. Cepatnya masa berlalu.. Saya dekatkan telinga ke jam tangan yang sedang dipakai.. Tik..Tik.. Tik.. Masa berlalu dengan pantasnya.. Tiap detik yang berlalu tidak akan patah kembali.. Tidak akan berulang.. Alangkah bagus jika masa itu digunakan dengan sebaiknya.. Subhanallah.......


http://www.emocutez.comJam sudah menunjukkan pukul 6.15minit petang.. Housemate tak sampai2 lagi..Boringnya... takde teman nak sembang.. borink.. jadi saya ambil masa ini untuk membersihkan sawang-sawang yang ada ni.. Cepatnya dah nak berbuka....

Sedang saya membersihkan sawang-sawang ni, saya teringat satu post dekat facebook saya...
satu teknik untuk kita khatam Al-Quran dalam masa sebulan..


Kat sini saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua.. Teknik @ cara paling mudah untuk khatam Al-Quran dalam masa satu bulan :) semoga ianya memberi manfaat..

Caranya ialah kita baca Al-quran 2 muka surat sebelum dan selepas setiap solat fardu..

# 2 muka sebelum solat fardu #
# 2 muka selepas solat fardu #
jadinya 4 muka la setiap kali solat fardu..

# 4 muka x 5 kali solat fardu = 20 muka surat = 1 juzuk Al-Quran #
# 1 juzuk Al-Quran x 30 hari ( sebulan ) = 30 juzuk Al-Quran sebulan #
mudahkan.. Allahu Akbar...

Jadi apa tunggu lagi kawan-kawan.. mudahkan.. kita pun takkan terasa berat kerana dah ada jarak disitu.. Bila lagi kita nak khatam Al-Quran.. Jika dulu nak khatam pun mengambil masa yang lama..  So, jadikan Ramadhan ini permulaan untuk kita khatam Al-Quran 30 juzuk dalam masa sebulan.. Jom! berlumba-lumba mengumpul pahala.. amal ibadat.. kerana di bulan ini berganda-ganda pahala yang kita dapat.. insyaAllah.. Pastikan dengan niat yang betul ya :)

Tapi,, jangan hanya di bulan Ramadhan sahaja kita melakukan amal ibadah dengan bersungguh-sungguh.. istiqamahlah.. teruskan setiap hari.. bulan.. tahun.. sehingga sampai detik itu..

:: Bi taufiq wannajah ::

http://www.emocutez.com


p/s : saya nak pegi berbuka dah.. salam Ramadhan kawan-kawan :) selamat berbuka :)


Tuesday, July 3, 2012

test Jpj..

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum semua dan selamat malam..
lama aku tak mengupdate blog ni.. mana taknye sebuk dengan segala hal..

Alhamdulillah.. 25 jun 2012 aku selesai test jpj kereta.. boleh la aku nak bawak kereta dah.. tapi kereta je yang takde lagi..huhuhu..

Lega dah lepas test JpJ kereta ni.. sudah la masa aku nak test tu tengah sedeh.. macam2 hal.. aku rasa sangat takut masa tu.. aku takut aku tak lepas sebab aku tengah tensen!!
http://www.emocutez.com

Hanya doa yang dapat aku panjatkan..
" Ya Allah, jika semalam Engkau telah berikan aku kesedihan, aku mohon Engkau berikan aku kegembiraan hari ini.. "

Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan baik sekali.. walaupun aku kena marah dengan pakcik JPJ.. bdengan kata2nya yang sangat pedas dan menyentap tangkai jantung aku..hu hu hu
dalam kepala fikir 
" abislah aku..tak lulus la... "
Ape2 pun, syukur la pakcik jpj bagi aku lulus dengan agak cemerlang aku rasa..

namun begitu, aku kena tunggu lesen P aku kuar selepas aku test JPJ moto 9hb Julai ni.. semoga aku lulus dengan cemerlang.. insyaAllah.. amin...