"Ya Allah... kenapa macam2 berlaku akhir bulan ni.. Rasa dah tak mampu nak tanggung semua ni.. Engkau tabahkan hati aku Ya Allah... Sesungguhnya hanya kepada Engkau tempat aku memohon pertolongan.. "
Semalam sekolah aku mengadakan makan malam amal untuk kutipan dana membina masjid.. kami menjemput Kumpulan Nasyid Hijjaz untuk buat persembahan.. Alhamdulillah.. Semua berjalan dengan lancar..
Pagi itu, aku berasa tak bersemangat.. dalam kepala puas memikir masalah.. sarapan nasi lemak pun tak berselera.. itu pun aku kongsi dengan kawan.. makan tengahari pun sama... aku tak boleh nak jamah nasi pun.. semuanya aku paksa.. kongsi sedikit dengan kawan.. tak tahu la kenapa aku jadi macam tu.. semuanya tak lalu..
Malam itu, semasa menyambut tetamu, ummi datang dekat dengan aku..
" Last week kan.."
" Aah.."
" Bile test JPJ?"
" Isnin ni kereta..moto bulan 7.."
"oohh..."
" Lepas ni tolong makcik zaharah ye..??"
"aah..duduk dengan kak aida n kak aizat"
"oo....."
Aku diam.. Ummi pun diam.. Aku dah tak tahu nak cakap ape.. tiba2 datang kawannya, ummi pun meminta diri..
hurm....... apalah nasib aku...
Selesai menyambut tetamu.. Kami duduk di meja yang dikhaskan untuk kami.. Ada ikan Siakap 3 Rasa... terus teringat masa makan ikan siakap 3 rasa aritu... rindunyeeee..... terus perasaan sedih tu datang... alahai.. bersabarlah wahai hati...
Bibir hanya boleh tersenyum palsu.. cuba meredakan pergolakan dalam jiwa.. buat2 gembira tak ada masalah.. padahal dalam hati ni hanya Tuhan yang tahu..
"muka sedeh,, sebab hari ni tak dapat bawak kereta ke..??" tanya kak aizat..
"aah......" aku boleh jawab itu je.. hurm.....
Hari ni, lepas belajar kereta.. aku pergi ke majlis ihifal sekolah.. yang diadakan di Pejabat Agama.. budak2 nasyid sekolah aku pakai baju berwarna biru.. biru yang aku suka.. macam biru softland tu.. hurm.. terimbau pulak baju berwarna biru tu... sedeh nye.. Ya Allah.. kenapa semua kebetulan ni berlaku pada aku pada saat2 aku tak berdaya...
"Sesungguhnya Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya.."
Aku pegang kata2 ini.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Antara kita sedar atau tidak sahaja.. Aku akan tabah.. Aku akan kuat... Aku tahu Allah sayang aku.. Dia akan bantu aku..
p/s: post kali ni takde katun2.. mood takde nak letak bende2 tuh..hmmm ;(